Assalammualaikum, Firstly nak ucap pada diri sendiri kerana selesai berkonvo.
Tapi entry kali ni bukan cerita pasal konvo sbb takde mood lagi nak becerita
Apasal status FB aku macam touching-touching je kan?
ada yang mesej tanya, ada yang depan-depan tanya. Bila aku bgtau pasti mereka gelak
sebab mereka ingat orang yg meninggaldunia, rupanya hanya NOVVY
tapi taklah semua yg gelak, orang yg rapat dengan aku, pasti memahami situasi itu.
Tak kisahla nak gelak ke apa, tapi seriously aku sangat-sangat sedih.
Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ini
Aku mmg anggap dia mcm anak sendiri.
Makin lama, Novvy makin faham apa yg aku cakapkan
Makin lama, Novvy makin kenal siapa diri aku
Makin lama, Aku sayang sangat pada dia
Sebelum dia pergi, aku banyak kali cakap kat dia ngan Vyno,
"bila nak ada baby? Mummy nak tengok baby Novvy ngan Vyno"
Lepas tu, esoknya aku ke Penang untuk konvo
Bagi pada Tisya jaga untuk 3 hari.
Balik terus amik mereka, dan seolah-olah Novvy menunjukkan sesuatu
Rupanya memang ada baby dalam perut dia
Terus aku ambil gamba.
Perasaan masa tu rasa happy sangat-sangat.
aku keluarkan dia dari cage, aku pegang dia. aku usap kepala dia
aku tengok perut dia.
lepas beberapa minit tinggalkan mereka
terus dia disambar kucing.
Hurm.
Bukan salah kucing, salah aku sendiri
Tak pernah-pernah aku cuai sebelum ni
dia mati kat tangan aku sendiri selepas aku selamatkan dia
aku tau dah terlambat
tapi atleast, dia pergi di tangan aku
Baby dia berjaya diselamatkan, tapi selepas dua hari, baby pun pergi kerana ia terlalu kecil
Aku tak mampu menjaganya
kerana aku takut aku lebih menyiksakannya
Sekelip mata perasaan gembira bertukar menjadi sedih
Aku minta maaf kepada yang sayangkan Novvy sbb aku takdapat jaga dia dengan baik
Aku tahu ramai yang sayangkan Novvy
Aku minta maaf
Aku janji akan jaga Vyno sebaik mungkin
dan sekarang ni Vyno sedar kehilangan Novvy
Dia kerap duduk di luar bilik seolah menunggu
Dia kerap membau kain kerana mungkin ada bau NOvvy
Dia kerap mencari-cari. Alangkah bagus kalau Vyno faham apa yang aku sampaikan.
Novvy sudah tiada, Vyno.
video ini ditangkap beberapa hari sebelum Novvy pergi.

P/S : Pemergianmu tiada peganti.

No comments:
Post a Comment