Malam-malam macam ni rasa lapar pulak
makan dah tadi. banyak pulak tuh
teringat makanan-makanan kegemaran aku di Penang
Orang selalu cari Nasi Kandaq kan?
Mmg popular sangat tapi aku kurenggg skit dengan Nasi Kandaq
Tapi, banyak jugak makanan lain yg mencuri hati ku.
Al maklum, Penang kan syurga makanan.
Paling aku merindui, Nasi Milani yummmihhhh..
Sedapnyaa. ayam, nasi briani, dan kuah awesome!!
boleh didapati di Kapitan!!
Kapitan ada tiga , @ Quessbay, Georgtown dan Gurney
Paling sedap kat Gurney! oh my. aku sangap dah nihhh. Haha
mana tak rindu weh, kat sini mana nak cari.
bila kat umah, mmg hari2 makan di rumah lah kan?
ini pula, Mee Sotong!!
Lokasi di Padang Kota. Jangan pergi hari Ahad sbb tutup. Sabtu xsure pulak tutup ke x.
Pedas dia mmg superb. sampai sakit perut.
Aku ni konon je ada darah nogori, tapi pedas tak tahan, tapi suka pedas.
Minum pulak dengan Coconut Shake sebelah kedai ni. Gabungan meletopsss.
Haritu plan nak bawa family ke sana. Ahad pulak masa tu. Hurm xde rezeki.
Next...
Roti jala Taman Tun Sardon.
Diperkenalkan oleh Fyfa. memula rasa beli satu set.
punya sedap makan 2 set terus
yang buat terliur adalah kuah dia. Awesome! ayam daging dan sardin.
Sedap.sedap. sedapnyaaaaaaaaaaa. (lap air liur meleleh)
Nasi lemak kat sana pun terbaik. Kena datang awal pagi-pagi, panas-panas.
around 6-7am lah. selepas tu, habis dah.
jangan datang hari Senin, tutup...
Kemudian, nasi claypot @ tesco Sg dua.
Ya ALLAH, terbayang-bayang sudah ni.
ayamnya yang lembut, sayur nya yang segar, nasi nya hangit di bawah.
banyak-banyak makanan claypot, itu sahaja yg aku minat.
kat tempat lain mcm...mcm...mcm tak syiok.
gambar acah-acah je nie.
kemudian ada satu kedai makan ni dinamakan KEDAI CEPAT
nama sebenar kedai tu Idaman tomyam kot xsilap
tapi disebabkan servisnya yang cepat gila walaupun ramai orang
mmg sangat sesuai lah untuk orang yang dah kebulur nak ke kedai ni
Makanan dia pun sedap jugak. Tomyam, Nasi Goreng Ikan masin. Rindu jugak.
Dorang suka sangat sangat tauhu sizling. So mmg wajib lah dorang oder.
Aku suka 'curi' sebijik. Hihihih.
seterusnya, Pecel Leleh
Duduk Penang baru kenal apa itu Pecel Leleh. Kesian.
Bukan Pecal tau. Lain.
Sedap sangat sbb lauk simple.
nasi putih, ikan keli, sambal dah siap masuk perut (kriok..kroikk perut berbunyik plak ni)
Hanya Kedai Ibu sahaja yang sedap. (Relau)
kedai lain bolehlah, tapi tak boleh lawan sbb sambal kat Kedai Ibu tu mmg import dari Indonesia pak..
Pecel Leleh kat Ivory pon boleh tahan, agak2 sangap nak makan pecel leleh, tapi jauh kan..
Pergi je ivory. dekat sikit dari USM tu.
Apa lagi? hurm, setakat ni yang top 5 itu aje lah
banyak lagi makanan favourite kat Penang, tapi sekarang tak terlintas
Kat sini mmg tak dapatlah.
Nak, kena ke sana baru boleh makan sbb lain.. lain sangat.
Okeylah, moga-moga dapat makan antara satu kegemaranku nanti ni.
Yang mana eh nak ?? Haa, tau dah mana.. Yummmihhh!
gambar dicuri di Googleeeeeeeeeeeeeee.
P/S : Argh, Nervous!

.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment