sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

April 21, 2013

USM 47th Convocation. My day! :)


Alhamdullilah, selesai juga hari bersejarah dalam hidup aku
satu demi satu, Alhamdullilah
Almaklum, den suko peram dulu cerita-cerita nie. Busy sikit katanya. 

Macam biasa, bebel tayah panjang2. Biar gambar yang cerita. (padahal malas hihi)

Mula.mula....
Perasaan sangat gembira bila menjejakkan kaki di USM
Terima kasih ex-roomate sebab sudi ambil saya di Bustation pepagi buta.
sanggup tak tidur, sebab takut tak sedar. Tq Mek!! :)

Esoknya gigih bangun pepagi dengar taklimat dan ambil jubah


inilah bustop dimana tempat selalu BUKAN menunggu bus
tapi menunggu rakan
gonna miss u bustop. 
so pagi tu dating dengan Syahmi, dan jumpa rakan2 di dewan



excited sungguh kami. nak buat pre-convo xramai pulak yang ada pagi tu.
so buat siapa yang ada. yang penting bergambar. Tak sabar katanya.

kemudian petang tu parents dah sampai
aku pun bawa mereka ke Hotel. plan nak tidur kat Bakti malam tu, tapi takjadi
sebab letih sangat.

bangun pepagi bersolek bagai sampai comot2 celak
mama paksa suruh pakai lipstik la, eyeshadow la, mmg takmau la aku 
so posing-posing dulu sebab awal lagi, sesi convocation pukul 3pm


cantik jugak permandangan dari tingkat 14. Hotel BSuite ni selesa jugak
besar, murah pun murah. nak berenang dalam bilik pun boleh. Luasssss.

kemudian makan di food court Jeruk PakLi. Mama ayah borong jeruk.
Kemudian mereka drop aku di Bakti, ambil gambar kat Taman Firdausi
kemudian mereka solat di Masjid 


Solat-touchup-tup tup jam dah pukul 2 lebih.
Aku dan Kakanis antara yang terlewat jugak masa tu
dengan kasut tinggi terkedek2 nak jalan. aishh. masuk dewan dah penuh.
selamat tak start lagi

Giliran Sarjana Muda Komunikasi boleh tahan lambat jugak
duduk pulak sebelah si Redza ni. Potpetpotpet
Atleast taklah nervous sangatkan bila berborak-borak
tiba-tiba makin nak hampir turn tu, menggigil pulak dahh

masa atas pentas mcam tak sedar. tengok2 dah kat kerusi
dengan sepantas kilat, selesai dah. cepat gilaaa. 








thanks keluarga ku kerana sudi datang bersama meraih kejayaan ku :)
terima kaaaaaaaaaaaaasihhhhhh!! :D
Ezmeer je takde sebab tengah exam. 

oleh kerana ini Mini Convocation, tak ramai yang berkonvo
ada yang tambah tahun dan mcm kitorang yang diploma kurang tahun.
so around 20+ mcm tu untuk pelajar Komunikasi. Tak ramai kan?



Tahniah untuk kami kerana berjaya mengharungi liku-liku selama 2tahun setengah!
tepuk tangan untuk diri sendiri :D


dan tak lupa juga kepada rakan-rakan baik yang sudi meraihkan bersama
korang mmg kawan yang best!! :) Tq hadiah yee kawan2.



rakan-rakan Bakti :)
thanks bagi hadiah. mcam terharu gila dapat hadiah.. hehehe.


mereka pangkat senior dan mantan MPD Bakti Permai
terima kasih dengan tunjuk ajar dan pengalaman yang diberi selama ini ;)


kemudian terus ke tapak konvo mengambil gambar
Masa ni parents dah balik. yelah jauh nak balik kang lewat pulak.


Apa lagi, aku dibuli oleh mereka suruh posing ayu-ayu gitu. 
hang pandai eh Shabi. mcm mana lah aku kahwin nanti, mmg comfirm kena buli teruk. hah.


kemudian, malam tu apa lagi, jenjalan satu Penang
round-round Penang untuk kali terakhir mungkin. T.T


dari Tokong Ular-Gurey Drive-Padang Kota-Nasi Kandaq Beratur
mmg jalan habis sampai kaki dah tak boleh jejak tanah. sampai mata kuyu-kuyu bejalan



akhirnya dapat jugak makan Nasi Milani Kapitan. hehe. Kenapalah sini takde Kapitan kan. 
Tq ualss semua sbb sudi hantar p bustation
Jasa korang takkan ku lupa :)

kata penutup.....
Terima kasih keluarga dan kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa
kerana sudi meraikan hari bersejarah aku bersama

terima kasih. terima kasih. aku tak minta hadiah atau apa-apa
kehadiran kamu semua sudah memadai bagi ku. sungguh.
pape pun terima kasih kerana beri hadiah TQ. aku suka sangat semua hadiah itu
terima kasih kerana tak beri bunga. korang mmg memahami lahh. heheh



 terima kasih Paklang dan keluarga kerana meraikan di rumah
Nasi ayam dan kek yang sangat sedap. Terkejut okey tiba-tiba ada surprise
selamat surprise bukan prank! hehe



insyaALLAH, kalau ada masa dan keizinan dari-Nya aku teringin nak hadir hari konvo korang
insyALLAH ye kalian :)


Alhamdullilah, selesai sudah episodku di Universiti Sains Malaysia
:)

P/S : Penang tak pernah mengecewakan.

No comments: