sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

March 10, 2015

Ini kita




Ini kita.
Putih kebaikan.
Hitam keburukan.

Putih yang luas, tapi tetap nampak yang kecilnya hitam.
Macam itu lah kita.
Punya banyak kebaikan yang dia buat,
Tapi silap satu hitam tu yang kita duk ingat sekali.

Hari hari lain hari dia baik.
Cuma hanya satu hari dia berkelakuan kurang sopan, itu paling kita duk take note sekali.

Bila dah nampak hitam tu, bukannya ditegur malah disebarkan pula.
Bukannya di nasihati malah dicaci pula.
Bukannya mahu cari penyelesaian malah di perbesarkan pula.
Allah.

Aduhai, kalau begini lah rupa kita, bagaimana lah hati kita ya?

Maka, hati hati dengan orang ini.
Atau mungkin orang ini adalah kita?

No comments: