sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

April 21, 2014

~__~

cakap pasal kahwin
ramai dah yang dah kahwin
dan ramai yang masih belum kahwin

siapa taknak kahwin kan?
aku nak, tapi entah bila masa sesuai
orang yang benar benar boleh jaga aku
boleh terima kekurangan aku
aku tak jumpa
mungkin ada depan mata
tapi hati belum terbuka

dulu ya, ada rancang bila hendak kahwin
ada rancang tak nak pelamin
ada rancang warna yang sesuai
ada rancang itu ini
haha tapi rancangan sahaja
sebab rancangan itu, Allah tak setuju

Mungkin ada sebab
Takpelah

Sekarang ni aku melihat orang bahagia bina masjid
mungkin masa aku lambat sikit
mungkin aku perlu siapkan diri

sebab aku yakin, kahwin lambat sikit bukan tak bahagia
kahwin lambat sikit bukannya tak masuk syurga

at least duit aku setakat ni banyak salur di keluarga
balas apa yang aku mampu
jaga seboleh mana mama ayah
bina balik apa yang terjatuh

kahwin tu, nanti dulu lah
kalau ada , ada
bagi abang lepas dulu
doakan jodoh dia jadi kali ini. InsyaALLAH

:)



No comments: