sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

June 7, 2013

Peristiwa ini

Terima kasih Ya ALLAH.

Allah sangat sayang hamba nya,
Sedang nak tidur, aku teringat satu memori dahulu.

Zaman dahulu kala, muda mudi masa umur 18 tahun,
Aku akan ingat sampai bila peristiwa nie
sampai tua aku taknak lupa peristiwa ni walaupun aku mmg cepat pelupa

Heatrow Airport :
Saat tu aku rasa takut, risau, berdebar sangat-sangat
aku terkandas di negara itu kerana terlepas flight untuk pulang ke tanah air
Mana takye, aku terpaksa tinggal di Heatrow selama seminggu tanpa sebarang apa.
aku dah bayang dah macam ada satu cerita tu, cerita mereka terpaksa tinggal di airport. cite apa ntah.

Apa yang berlaku, beg, baju, seluar, tuala, barang-barang semua sudah tiada
Beg mereka semua ada kerana mereka mmg plan nak bercuti di London.
So, aku tidak pasti samaada beg aku selamat atau tidak sampai disana

Susah, susah sangat nak berunding dengan pekerja di sana.
Lagi-lagi aku bertudung, lagi mereka buat endah tak endah
kerana beberapa bulan yg lepas baru sahaja berlaku kes bomb di Underground Station
Suspek pulak orang islam. So paham-paham sahaja lah.

So nak taknak aku terpaksa diam dan tunggu tunggu dan tunggu.
beberapa hari, baru dapat tahu bahawa beg aku selamat berada di tanah air.
wah beg sampai dulu sebelum tuannya. Legaaaaa..

Ha, selama seminggulah aku pakai benda yang sama.
Selamat musim sejuk, tak berpeluh sangat. Seminggu. Fuhhh. Recycle habis.



Gatwick Airport :
Cukup seminggu aku lepak di London bersama mereka
Tak sangka Allah beri peluang aku melihat suasana disana

Saat aku pulang.
Aku berdebar lagi kerana aku pulang seorang diri
sebelum sampai di bahagian masuk, aku lihat guard tu mmg straight.
satu satu disuruh bukak, dari coat, sampai ke stoking.
aku yang berlapis, bertudung takkan nak bukak jugak. dah risau, mengigil gila.

sampai je bahagian aku, dia just suruh bukak beg sahaja.
aku pelik dan tanya, coat tak yah bukak ke? jujur sangat. dia ngeleng
fuhhhh.. legaaa. hanya tuhan sahaja yang tahu.
terus aku blah.

banyak-banyak sangat dalam hidup aku ni yang aku tak sangka aku laluinya
dari aku kecil, remaja sehingga kini.

Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kepada aku
dan sentiasa menyelamatkan aku disaat-saat genting.
tenkiu :)



P/S : Nak cari parking pun berdoalah, insyaALLAH ada parking :)

No comments: