Ok penonton, hari ni Kakika akan ajar ye cara-cara buat smoothie tangkap muat.
mula-mula,
selongkar peti ais anda ya. tengok apa buah dan sayuran yang ada.
kemudian pilih ye, sayuran dan buah-buahan yang sesuai
kerana juri kita ni agak cerewet ye makhluk yeeeeee..
Ok, buah yang terpilih ini adalah buah epal dan buah tomato ya.
yang lain semua reject sbb tidak sesuai ye penonton.
kemudian, toleh ke kanan dan kiri ye
selongkar dapur anda selagi boleh dan melihat apa yang ada
akhirnya kak ika jumpa ini yaa..
mama punya madu.
tinggal sikit la pulak? xpe, bubuh sikit je, kasi manis :)
cukuplah bubuh sesudu. banyak-banyak bubuh esok-esok pulak.
haa, jgn lupa potong ye. potong ikut suka hati. bentuk bulat ke, love ke, segi tiga ke. sukahati
kemudian, ambil lesung batu ye penonton.
lumat sampai hancur begini..
tadaaaaa..
tapi tadi mcm malas nk melesungkan batu, so kak ika guna blender sajeeeeee.
Siap dah smoothie. semoga juri kesayangan bulu yg lebat suka lah dinner/breakfast kali nie
al maklum lah, mengalahkan manusia makannya.
P/S : Tiada pesanan hari ni.





No comments:
Post a Comment