sedang fikir..
YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.
March 9, 2013
aku boleh, aku boleh
Assalammualaikum!
tetiba terajin nak menaip nih.
Umur dah nak masuk 25 tahun. wah! sudah makin dewasa kau sekarang ye ika? dewasa ke? bolehla. haha.
Mcm-mcm berlaku dalam hidup kita ni kan?
Apa yg aku nk cuba ungkap kan disini, aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yg ALLAH beri pada aku dan keluarga aku.
ye, mungkin aku tak kaya, mungkin aku tak bijak, mungkin aku tak baik dan mungkin byk mungkin lah.
tapi, ALLAH tu maha adil, dia beri aku kekurangan dari segi ITU, dan dia juga beri kelebihan dari segi ITU.
Masalah, semuaaaaaa makhluk kat dunia ni ada masalah, even sugar glider aku pun ada masalah.
(bila korang nak dapat baby ni? lama mummy tunggu)
Bagi aku, masalah itu masalah. Lagi cepat settle kan lagi bagus. Kalau xboleh settle, Redha sahajalah.
Ada benda dari aku bangku sekolah kena hadapi masalah itu, bukan timbul daripada aku sendiri dan sampai lah sekarang masalah itu tidak selesai.
Tapi sekarang dah bukan masalah dah, sebab benda tu dah sebati dalam hidup aku.
What to do? Just Redha.
sebab aku yakin, ALLAH beri ujian itu sebab dia tahu hambanya mampu menghadapinya.
itu je aku selalu ingat bila berlaku apa-apa dugaan yg menimpa.
"ye, aku boleh hadapinya, aku boleh, aku boleh, lawan ika lawan. yeahh. yeahh!! u can do it!"
over pulak.
Apa pun, aku bersyukur kerana aku dilahirkan begini.
Aku dilahirkan semua adik beradik lelaki,
kerana aku percaya ALLAH nak aku kuat hadapi semua ujiannya
kerana aku percaya ALLAH tidak suka aku melayan perasaan sedalam-dalamnya
dan aku percaya, ALLAH akan berikan lelaki yang mampu menerima seadanya diri aku. :D
Aku bersyukur aku dilahirkan cukup makan, cukup pakai
kerana aku yakin ALLAH tidak mahu aku bongkak, riak dan sombong
kerana aku yakin ALLAH mahu aku belajar utk menghargai apa yang ada
dan aku yakin, rezeki itu ALLAH yg beri. ;)
dan aku bersyukur ALLAH beri ujian kepadaku, kerana aku tahu dia amat menyayangi aku dan keluargaku
"bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment