sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

February 16, 2013

Saat Akhir


Semalam aku plan nak tidur awal, before tidur tu bukak lah twitter jap
semua kawan USM dok cerita pasal result nak keluar esoknya dan aku baru teringat!
mcm mana boleh lupa pun aku tak tahu. Busy sangat kot/ dah tua?
Aleh-aleh, tak boleh tidur, sebabnya risau. risau CGPA naik ke turun ke.

dan..........


ALHAMDULLILAH
CGPA meningkat! walaupun sikit. tapi meningkat!
aku mcm tak percaya, mcm nak lari keliling rumah, mcm nak terjun dari bilik sampai ke bawah
Ya ALLAH, bukan senang nak naikkan CGPA tuh. Sangat susah. kan?

Oleh itu, entry kali ni khas utk saat-saat, memori-memori indah terakhir aku di USM
saat-saat, liku-liku ketika study week, minggu exam dan sisa2 aku disana bersama mereka
setiap gambar ada ceritanya, kata Yuna.

sebelum study week :

 saat berkampung di DK Foyer menyiapkan assignment yang bakal dihantar
kalau tak siap masa ni, maknanya kacau la pointer kan?
mereka-mereka ni sangat rajin. wpun masa tu kerja aku dah siap, aku tetap menyemak di situn
kerana? aku tak suka duduk bilik sensorang. seeeeeerammmm. heh.

berkampung sampai ke subuh, kemudian sarapan di Tun Sardon! 
Nasi lemak sedap. Murtabak sedap. Roti Jala superb! kenapa lah aku baru rasa semua ni pd saat akhir?
masa konvo nanti harap dapat merasa semua tu. :D

makan Kapitan @ Gurney !!
Al maklum, pengemar makan yang tidak sihat, berlemak, itulah saya. tapi bukan selalu, jarang-jarang. hihi.
Kapitan @ Gurney ni special skit. Bukan nasi kandaq. cheq xgemar.
Nasi Milani va kevavooom sedap gilakkkk.
so, untuk kali terakhir, aku ajak Syahmi g sana. 
Syahmi ni rakan seperjuangan utk kelas major. Best lah kawan ngan dia
Tak berkira pun. kalau aku stress dgn assigment kumpulan, mmg dia lah tempat aku mengadu. Siapa lagi?
Terima kasih selama 2 tahun menjadi rakan seperjuangan! :D
Lepas lepak situ, ambil angin g padang kota. cerita-cerita sampai tengah malam

Aku berkaroke?? No..No..No..


Mereka bertiga ni mmg kaki karoke. Gila karok! sangat! 
Aku mana reti. dah la suara xsedap. aku dgr sendiri pun tak sedap. 
Tapi disebabkan malam tu, aku mcm nak menyanyi je..memula try satu lagu
mcm best, try kali kedua.. aleh2 kali keberapa ntah aku melalak. ms tu serabut skit, tu yg best tuh
mcm tak caya je. tapi masa tu je aku beriya, lepas-lepas tu dorang ajak karok, 
hilang dah nafsu nak menyanyi. Bukan best pun. Hahah!

Apa-apa pun, Yus dan Shabi antara kawan yang sentiasa bagi aku semangat
kata-kata dorongan, pendengar setia, penghibur hati, pembuat kecoh, drama king, kakingumpat
tanpa dorang ni, mmg sunyi. 
Kehidupan aku di USM banyak diwarnai oleh tingkahlaku perangai mereka nie. 
Mereka juga antara rakan yang membantu aku dalam study. yelah, mereka ni bijak2 orangnya
bukan bijak, fofulaaaaar lagi. meh tgk ..
Shabi : sekarang ni dah jadi jurulatih tarian. kalau mana2 event, mesti orang tggu tarian dia
satu USM kenal dia. sesiapa nak belajar menari, bolehla contact dia.

Yuss : pendebat USM. kat mana2 event, dia lah yang jadi Emcee. suara lunak, masuk Jazzband lagi.
boleh tahan satu USM kenal dia. Hebat naa hampa??

Prank-prunk-prank!


saat dimana Cassy (freehair) di prank! 
kisahnya, kengkonon aku kena balik awal. So mereka2 ni nak celebrate farewell lah. Kengkonon. 
pulak dah masa tu aku buat perangai nak jumpa someone dan gaduh-gaduh terus blah dari situ
si Cassy sedih sbb aku sanggup blah mcm tu. Tak sangka dia menangis. YESHH!
plan awal nak buat dia marah/maki/bengang je. 

Cassy nie mmg manja skit. bukan gedik, tapi manja! 
Dia baik, sangat ambil berat pada kawan2. dan dia mempunyai kuasa menguasai cadangan 
Aku gelar, carta pai. Sbb kalau nak makan mana, pergi mana, tengok idea dia
selalunya idea dialah kami folow. yelah, dalam carta pai, nama dia paling tinggi cartanya
tapi takde masalah bagi kitorang sbb senang, tak payah pikir nak kemana.
dan, dia suka hack status orang. feveret dia. paling teruk kena, roomate aku.
tak pasal mengamuk mek yanie tuh. 
 imaginasi tinggi. tahap merepek sampai kelaut minah nie. 
ha, sekarang ni dok post wall FB, ibarat aku masih lagi belajar kat USM. 
tadi dok tweet ty aku dah daftar subject ke belom. -__-

Solihah dan Inas. dua-dua byk mulut. kepochi dan antara yang panggil aku KAK IKA disana
kalau ada mereka, comfirm, pasti akan jadi riuh rendah!!

31 Disember 2012
first time aku berada di luar ketika tahun baru. 
bersama rakan-rakan yg bakal bergraduasi bersama pada bulan April nanti
masa ni dekat Queensbay. ramai gila orang. mcm2 orang ada. mat tanjung, mat basikal, mcm2lah
duduk-lepak-borak-gosip-ceritakisahlama tiba2 ada bunga api.
Ehhhh? dah tahun 2013 lah! mcm terkejut skit ah masa tu
borak-borak sampai makanan habis sampai pukul 3am. duduk depan laut. sejuk gila pulak.
otw nak ke kereta, duduk pula di roundabout kat QB tu. 
nak merasai perasaan org yg suka duduk dan ambil gamba disitu.
seronok juga rupanya. tengok kereta lalu, sambil org tgk kitorang dan memikirkan apalah yg kitorg dapat bila duduk di tgh2 roundabout tu. (ayat mcm apa je aku taip ni?)

Kak Anis pernah satu group masa buat FYP. dia sangat kakak-kakak. suka bg nasihat, matang, dan tegas.
Misah aku rapat sbb satu desasiswa. dia sgt happening, baik, dan matang dari umur dia yg sebenar
dgn roomate dia pun aku rapat jugak, FyFa
sem akhir ni byk pergi kelas dgn dia, byk share story dgn dia, study sesama, dan sekarang berbisnes. hebat!!
Amin pernah bekerja dgn dia masa impect! dia ni ada bakat jadi penyayi boleh, pengacara boleh, pelakon boleh. mcm2 lah. kau berbakat bro!

ladies day out!!


bukan senang nak berkumpul 4 orang selain waktu malam.
Akhirnya kami dapat meluangkan masa bersama kakak-kakak kesayangan aku nih.
kami pergi Gurney Plaza, pergi BJ, pergi karok. karok lagi?? kawan2 aku semua ni kaki karok
mereka berdua ni badan kecik. tapi hakikat tua dari aku ngan yanie.
dan mereka juga adalah junior kami. Selamat kami bukan jns suka buli junior. :P
rapat sebab join MPD, lepas2 tu, tak jumpa sehari, mmg tak sah!

Mas ni baik, baik sangat. tak kedekut, rajin dan rajin sangat lah. ada je benda dia nak borakkan
aku selesa sangat bercerita masalah dgn dia. dia pendengar yang baik 
iema pulak suka mendengar. bercakap bila dia rasa perlu. kadang2 datang gila dia, boleh tahan
tapi dia mmg tak banyak cakap, lagi2 bila dalam kereta, mmg mcm dia takde dlm kereta. 

dgr cerita bilik 008 boleh berpesta lagi? hewhewwww..

~    ~

apa-apa pun, aku doakan semua rakan-rakan aku berjaya mengharungi segala dugaan
aku yakin korang boleh buat! aku pasti lah! korang hebat-hebat. :)

Rindu tu mesti la ada. Mujur ada FB menghubungkan siraturahim kita.
Hari-hari bukak FB nk tau perkembangan korang. ^_^
Aku janji akan kesana nanti. tak kisahlah korang busy ke apa
aku tetap nak jumpa korang. korang taknak jumpa aku pun xpe, aku serbu bilik korang.

dan aku terharu, di saat-saat terakhir aku di USM, korang sudi mengembirakan aku
korang sudi membuat aku tersenyum, korang sudi mengabadikan saat2 indah
aku syukur sgt ALLAH beri aku rakan-rakan yang sebegini

Aku mmg terharu sangat. Aku rasa mcm tak layak aku dilayan begitu
tapi aku tahu, korang rakan yang baik sbb tu korang layan aku sebaik yg mungkin.
Kehadiran korang semua mmg bermakna dalam hidup aku
kita bukan hanya bersuka ria, tapi kita juga sgt fokus pada study. tu yg penting.

Mmg ada yg tak suka pada kitorg, kita abaikan sahaja. 
sbb mereka cemburu kerana tidak dapat tumpuan, kasih sayang dari korang :)

Apa-apa pun, aku doakan Final Year Project dan Impact berjaya!!
insyaALLAH korang akan dapat bergraduasi dengan jayanya.

P/S : Tak lupa juga kepada yang memberi kasih sayang, semangat, kata dorongan 
dgn ikhlas atau tidak ikhlas selama aku berada di sana. 
Terima kasih. Moga Allah membalas jasa baik kamu kamu dan kamu

No comments: