Tadi tetiba tertengok Semanis Kurma. So adalah beberapa yang aku dapat selepas tgk program tu.
Pasal ''Becinta selepas berkahwin''.
Ustaz tu pon kata, dua-dua bagus, yang penting kena pandai menghargai satu sama lain
sebab cinta yang diberi adalah anugerah dari ALLAH.
Sbb apa ALLAH kasi kita cinta? sbb dia suruh kita jaga satu sama lain.
Dan antara tanda-tanda cinta yg Ustaz tu cakap :
1. INGAT : kita selalu ingat pada si dia, dia buat apa, dia sihat ke, dia dah makan ke, dia dah solat ke,
dia pergi mana. sentiasa ingat lah.
2. SEBUT : selalu sebut tentang si dia pada orang lain. dia suka makan itu, dia selalu cakap mcm tu,
dia selalu buat mcm tu. dia..dia..dia.
3. BELA : membela. ini penting. sebab utama ALLAH bagi kita cinta adalah untuk menjaga dia,
bila menjaga mestilah kita bela dia. kalau orang ckp buruk pasal dia, kita rasa marah, kita jadi tak suka.
Sentiasa nak menjaga dia daripada dipersendakan, dimalukan ,dapat dosa dan sbgnya.
Sentiasa menutup keaiban dia daripada orang lain.
wah. mcm Dr.Cinta plak aku mengarang. aku tulis apa yang aku paham. ewah.
So ini pulak tanda orang yang ala kadar nak becinta ke tak mahu hasil google-an aku.
senang kata yang sedang situasi SAMBIL LEWAA.
"Malas angkat telefon.
Taip sms pun pendek2 dan malas nk msg.
Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..dah tak amik peduli.
Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
Dulu rajin call..sekarang 5 minit pun susah, katanya hp cepat panas/xde kredit."
kalau macam ni lah perangai, jangan salahkan pasangan bila dia mintak putus.
Sbb menghargai itu penting untuk orang yang kita sayang.
Gitu kan. Oklah. sampai disini sahaja rancangan Mari-Mari Masak Kari.
Kepada pasangan yang becinta, becinta lah elok-elok.
Hati dan perasaan boleh aje berubah kalau tak dijaga.
dan kepada yang dah nak kahwin, lagi-lagi tok kawan aku tu.. semoga kekal hingga akhir hayat.
Turn aku lammmmbat lagi. =)
p/s : Babysitter utk Puteri Hani suka kipas.




0 action komen:
Post a Comment