di hening jam 4 pagi ni aku baru je habis siapkan dua asgemnt lepas tu rasa gedik-gedik nak update blog.
al kisahnya hari ini adalah tentang assgment Penerbitan Filem.
blog aku ni dah mcm sesi luahan asggment je kan? lantaklah..
nama diberi, Kura-kura Bergerak Production.
sebab apa nama itu? haa. itu adalah satu kata semangat kepada kumpulan kami.kengkonon laa.
sbb aku pon aku tak sure. kena ty akma .kikiki.
lagi satu kumpulan, Suka Suki Production. moto mereka. suka hati.
moto kump aku? kura-kura? lembab? eh.....
kumpulan sukasuki menjalankan pengembaraan dulu,
so kami si kura2 membantu mereka apa yang patut.
lepas je selesai, kami pon terus memulakan pengembaraan kami di sekitar
so kami si kura2 membantu mereka apa yang patut.
lepas je selesai, kami pon terus memulakan pengembaraan kami di sekitar
USM, Aiport dan USM. lokasi bajet.
kitorang mmg buat kerja gila sbb selesai pengembaraan tak sampai 2 hari
sbb akma, selaku pengarah kumpulan kami risau keadaan atuknya yang baru masuk hospital.
sbb akma, selaku pengarah kumpulan kami risau keadaan atuknya yang baru masuk hospital.
Alhamdullilah, semua beri kerjasama yang baik.
cuaca pun sangat okey masa tu.
sempat la aku berjemur mengelapkan kulit yang mmg gelap
walaupun krew tak ramai, jadi seronok sbb masing2 boleh buat banyak kerja.
sebagai audio director.
memastikan suara pelakon dgr dgn jelas dan bunyi ambiance tidak menganggu.
memastikan suara pelakon dgr dgn jelas dan bunyi ambiance tidak menganggu.
best gila main benda ni. Dok jauh pon boleh dengar apa dorang merepekkan.
sbg contoh bawah ni.
konon siap mengumpat lagi.
(padahal ckp, " ika..dgr aku tak ika?")
haa. yang ni sbg makeup artis. walaweh. apa mimpi reti mekup mekup ni?
takat tonyoh bedak reti lah.
kasi pucat muka Saloma (nama watak utama)
pengarah filem pendek kami, Terima Kasih.
dan juga clapper girl.
yang tak boleh blah, dia suka tukar bahasa bila dia nak bagi arahan.
Sound running = Bunyi berlari (aku pun jawap, Berlari........)
Camera roll = Kamera putar
Action! = Aksi!
haa. layan..dari tension , tak jadi tension daaaa.
ini pula camera man hebat. syahmi. dia juga buat kerja lain iaitu..
meletakkan lampu ditempat sepatutnya.
susah juga nak main lighting ni. lagi2 scene indoor.
penuh ketelitian beliau melakukan kerjanya.
bukan senang nak handle kamera seberat 10 kilo tu. Biarlah ambil masa sejam pun.
asalkan hasilnya cantik dan manjadi.
antara rakan-rakan yang membantu menjayakan Terima Kasih ini,
Leya yang memainkan watak sebagai jiran kepada Saloma (Sakinah)
Kak Anis membantu sebagai boomgirl dan melakonkan watak doktor
dan Shabi yang memainkan watak Husin dan....
Pelakon utama cerita Terima Kasih iaitu
Yus (Ramli) dan Farah (Saloma)
mereka sangat berbakat dan senang berkerjasama dengan mereka
lagi-lagi dalam cerita ni banyak scene sedih, bukan banyak, semua scene sedih.
Tahniah lah. korang hebat. =)
Tak lupa juga kepada Reyza Hussein yang sudi meminjamkan rumah dia.
Siap masak Nasi Goreng Briani lagi. TQ lah Reyza.
So habis dah. Eh, belum .. yang ni baru permulaan.
lepas siap credit, roll akan dihantar ke FINAS,
lepas tu baru boleh edit. nanti tak tidur malam lah nampaknya.
Apa-apapun seroooonok sangat !!
semoga segalanya berjalan dengan lancar.
moga2 prof Hatta yang kacak bagi kami A. amin =P
p/s : JOM tengok Tayangan Perdana Bujang Telajak. siapa nak beli tikeeeeeeeeeeeeett???










No comments:
Post a Comment