sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

December 30, 2011

Family Day Ayip


sebelum start study week, aku balik rumah.
mmg itu perkara wajib merelakskan minda sebelum nk menghadap buku-buku utk exam. kenkonon lah.
25 hb Disember ada pulak family day keluarga Ayip (nama arwah atuk-belah ayah)
julung-julung kalinya buat family day ni. last buat bila ntah.berzaman dulunya.
lokasi di Port Dickson sahaja. sebab tengah-tengah.
majoriti dari johor dan selangor
tinggal di Sunshine Bay Resort. (tak berapa sukalah resort tuh. tapi pantai superb! bersih)
penglibatan keluarga Ayip sangat menakjubkan apabila kesemua 9 adik beradik ayah join
dalam 50 ahli keluarga.

sopan x aku berbaju kurung? sopan kannnn.


lepas dah tukar uniform, apalagi..semua diwajibkan turun ke pantai.

AJK Sukaneka. muka tak boleh game.

jam dalam 4ptg. air surut. so port sukaneka adalah di tengah2 pantai.


antara sukaneka yang dianjurkan antaranya,
cari gula dalam tepung.
kalau guna tepong jagung mmg terbaik la.bila kena air, bau dia...pegggh.

proses mengisi gula-gula. ada lebih masuk poket.

memula kategori kanak-kanak.

wafi : "fuh.fuh. keluarlah kau gulaaa.."

kemudian kategori dewasa aka cucu yang belum berkahwin dan bakal berkahwin.
hasil daripada acuan tepung, terbentuklah corak-corak seni di muka memasing.

cantik lagi tu mirul.


budak kecik ni pon nak main gak. tau pulak geli nk amik gula dlm tepung.


Ainol dah mcm pakai mask mulut je nie.


 kemudian game utk ibu bapa.
memula nak buat game Cina Buta. kena tutup mata.
tapi kain xckup, so main ikat-ikat kaki. baru romantiksss.

 para peserta.

hanya 8 couple sahaja.
tak cukup satu couple sbb Cik Dah dan Cik Man tak sampai lagi. 

siap practise lagi.


comel sungguh pklong dan mklong
disebabkan kaki maklong kecik, maklong digantikan dgn anaknya, lily.
bak kata pklong, "kaki kecik, takut tercicir."


mama dan ayah.
besama paman dan aunty.
 tak pasal2 tudung lama mama jadi mangsa ikatan kaki mereka. kekeke~




juara : CikLin dan CikZul.
dua-dua kaki panjang. jalan pun laju.

" tak sia-sia practice kat rumah"


kemudian acara tiup belon sampai meletop 
nt family day akan datang nak buat acara, tiup belon plg besar.
mcm bwh ni.. tiup punya tiup tak meletop

hebat wafi!


plg happening adalah game Musical Chair.
sampai senak perut gelak. sampai xleh gelak tengok gelagat memasing.


ni AJK wat demo. padahal nak main.
aku awal-awal dan terkeluar. kena besarkan lagi bumper.


 paling kecoooh sekali bila kategori Mak main.
lagu tak berhenti lagi dah duduk.
bukan apa, takut kena tepis oleh bumper orang lain.

  ganas sunggoh masing-masing.


semi final, anak-anak Ayip bertahan.
Mama Leha, Cik Lin, Cik Mas. memasing mmg hebat!!


Mama Leha tewas di tepis Cik Lin. mmg ganas.
so, peringkat final : Cik Mas dan Cik Lin.


masing-masing mmg berebut habis.
kesungguhan nampak pada Cik Lin, tapi dgn keslumber-an Cik Mas menang!! (baju oren)


kontra pulak bila bapak-bapak main.
lagu dah main, dorang tak gerak-gerak. slow bebenor jalan.
sampai aku kena tolak masing2 suruh jalan lelaju



semi final anak-anak Ayip jugak, Ayah, Cik Han, dan Paman.

awal-awal Cikhan out. tak sempat nak menepis dan ditepis.


so, Final : Ayah ngan Paman.


pada mulanya Paman menang. tapi kerusi ditarik.
so rematch , ayah plak menang.
mcm cikmas jugak. selamba je boleh menang.


game seterusnya, Jaga belon sendiri.
belon diikat dikaki. kemudian kena pijak belon org lain, tapi belon sndiri kena jaga.
aku main game ni. dan awal2 belon aku kena pijak.
mmg tak teror lah. aiseymen.


Juara : Iwan. (dia yg awal2 pijak belon aku)


air pantai dah makin pasang. kitorang plak kat tgh2 pantai. so kena cepat-cepat main.

acara terakhir, Tarik Tali.
tali kecik bebenor. sampai melecet tangan memasing.



habis dah acara sukaneka.
kemudian acara mandi pantai.

cam biasa aku suka belajar berenang sampai lemas. mmg syiok. -_-
lepas tu adik aku haziq, dok main lambung aku dalam air. kepala sipi kena dasar.
mmg aihh.. -____- tu je mampu aku kata bila aku berjaya keluarkan kepala dari pantai begelora.

sesi BBQ.
depan resort ada port BBQ. mengadap pantai. caj tapak dalam RM45.



menu BBQ macam-macam ada.
ikan, udang, ayam, bakso.
apa lagi? aku xsempat menjamah sbb bz benda lain.


yumyummm. rambutan import dari perak!

mem-Bakso kan diri.



sesi pengagihan hadiah bermula
tak pasal-pasal aku jadi emcee. tak pasal-pasal aku merepek.

 


suku hadiah daripada setiap keluarga
dan juga pihak keluarga yang sponsored. 


ramai sangat. pening nak sebut nama sorang-sorang. =_="


muka menunjukkan malam masih muda lagi.


sesudah selesai sesi makan-makan dan beri hadiah, semua naik bilik memasing
yang pakcik dan laki-laki dok mandi kolam.
kelebihan resort ni boleh mandi kolam memalam.


Special pose bajet masuk majalah mangga. @__@


esoknya bangun pepagi. ada lagi game.
kali nie aunty punya game. antaranya, boling kelapa.
cabut kelapa kat depan resort tu je haa.



siap bubuh batu bata jadi halangan lagi tu.

paman dengan gayanya lagi. hebat gak!


sesudah selesai. kami AJK dapat jugak hadiah
wahh seronok!! sesi pembubaran AJK pun sudah. (kemain kan?)
next familyday AJK lain lak handle. ^^

sesi postmortem dan membincangkan perkara yang membangkit.


family Ayip mmg mementingkan protokol.
ketua protokol : Paman (baju oren)
so setiap majlis yang akan dijalankan akan mengadakan meting 
supaya orang lain bersedia dgn setiap protokol yg ditetapkan.

seperti majlis yang akan datang, 
majlis penikahan dan persandingan fifi dan abg is & pertunangan ainol
nak pakai apa. siapa yang g, siapa yang tak g. semua kena berprotokol yee!

selepas itu check out!
walaupun 2hari 1malam, seronoook sangat dapat bcuti satu family besar Ayip!
nexttime nak buat family day kat mana pulak??



bekenan sungguh aku dgn resort yg ni.
caaaaaaaaanteeek.

gambar dicopy paste dari FB Nuna Jo dan Amirul Hafiz. Trimas broo!

P/s : sorang demi sorang cousin aku kahwin. makin kurang geng bujang.

No comments: