mcm biasa la kan. aku copy paste. dari status membe lelaki aku kat fb
bagus betul dia. means dia tahu kenapa wanita sering menangis.
kadang2 bila menangis ni rasa gedik, manja lebih2, cengeng je kan nanges2 ni.
tapi itulah terapi yang paling mujarab. yang lelaki jangan plak nak cop ckp kami ni lemah ok???
emo lak tetiba. hihi. ok jom..
Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA”
p/s: mama aku mmg Supermak lah!! love you.

No comments:
Post a Comment