sedang fikir..

YA Allah. berikan ku kekuatan dengan segala dugaan yang menimpa. Amin.

December 19, 2010

kenangan lama =)


sedang aku belek2 tgk folder gambar lama,
tibe-tibe aku teringat waktu dulu masa umur aku 18 tahun (muka skema)
lepas je SPM. aku terus terbang ke Ireland. (2006)
duduk sana selama setahun iaitu sehingga umur aku 19tahun.
masa tu adalah saat yang paling beharga dalam hidup aku.
pengalaman yang takkan aku lupakan lah.
tq to Kaklong,AbgDi,Makcik,Pakcik,Kakneng,Adik.


aku tinggal di Cork.
best jugak. jiran sebelah rumah student malaysia. tak lah bosan sgt.
kat sana aku rasa 'sihat' skit kot. ke sama je cam sekarang? haha.
pencuci mulut mkn pizza je. cheese pulak double.
nak exercise mmg tak lah. sejukkkk.. ~alasan~
dapatlah merasa 4musim tu.
cuma salji je xdapat rasa sbb kat Ireland kurang dibanjiri salji
dapat merasa beraya diperantauan.
dapat merasa jadi 'pendatang haram' kehkeh.
dapat merasa masakan sdri. sbb kat sana first time msk ayam msk merah.
tgh masak on the phone ngan mama.
takut ayam hangus. n__n''

masa ni musim spring. (depan rumah)


kat sana tak banyak sangat bejalan.
sbb kaklong dgn abgdi busy kerja. just wekend pergi town. best jugak.
brg sana murah2. byk jugak aku borong bwk balik.
sempat jugak pergi Killarney. becuti.
tempat yang sungguh nyaman.


sudah setahun aku g sana. aku harus pulang.
aku harus pulang besendirian ke Malaysia sbb tiket aku mmg tempoh setahun saje.
pejalanan aku sepatutnya begini:
ireland --> london --> doha --> kuala lumpur.
dari Ire, aku xkeseorangan sbb mereka nak becuti di London.
bila sampai di London, flight aku ke Doha sudah berlepas.
so aku terpaksa transit di Lon selama seminggu.
Alhmdullilah. Allah sentiasa melindungi aku.
bayangkan kalau time tu mereka xde.
ntah kemana aku nak merempat kan??
so aku pon join mereka becuti di Lon selama seminggu. =)




seroooooonok sgt sbb tak sangka aku dapat ke London pulak.
rezeki :)
lepas dah seminggu , aku dapat tiket balik.
so mereka pon hantar aku pulang keseorangan.
perasaan masa tu mmg cuak + nervous dan mcm2 lagilah.
tapi disebabkan aku terlalu rindukan family aku.
aku rela balik walaupun sorang.
sampai je kat kaunter, pakcik request PA utk aku.
yela. aku ni ibarat org kampung masuk bandar masa tu.
sekali abg arab (pramugara Qatar Airways)
tu kata PA hanya utk budak 16 thn ke bawah.
aduiyai malu gile time tuh. haha. aku pon ckp okey.
pasrah menerimanya.
lepas tu dengan yakinnya jalan menuju ke pintu yang sepatutnya.
bila dah selamat duduk di dlm flight. tibe2 dtg seorang abg arab kat aku.
abg arab tu suruh aku tukar seat. aku blur dan ikut je.
rupanya abg arab kat kaunter tadi bg seat bussiness class kat aku.
walawweh. best giler. mesti dia kesian kat aku. =P
bukan senang nak dok bussines class. layanan sgt tiptop.
smpai aku naik segan. nmpak dah kat situ,
Allah sentiasa melindungi aku.

bila sampai kat Doha pulak. aku dah keliru.
tak tahu nak kemana.
tiba2 teringat mat salleh sebelah aku nak ke Thailand.
so aku pikir, Thailand ngan Malaysia jiran.
so gate yang harus aku pergi mesti dekat ngan gate dia.
aku pon follow dari belakang.
dia naik bus, aku pon naik bus.
tiba-tiba pulak dlm bus ada mamat ni dok offer duit kat aku.
dia tgk aku sorang je time tu. cuak gila aku.
aku pon ckp ada dah ada byk duit.
sampai je terus aku jalan cepat2. mat salleh td tu pon dah hilang.
so aku just tgk papan tanda.
sampai je kat gate tu, aku nampak beberapa orang melayu.
legaaaaaa..aku besyukur sgt2.
akhirnya sampai jugak di Malaysia.

banyak yang aku pelajari semasa kat sana.
dan ada yg tegur aku banyak berubah.berubah ke arah kebaikan.yeke?
mungkin aku semakin pandai bergaul.
mungkin aku semakin sukakan budak2.
mungkin aku sudah pandai berdikari
mungkin aku kuat hadapi sesuatu masalah.
mungkin aku mula reti berfikir secara positif.
mungkin ....

dan aku bersyukur ALLAH telah beri aku peluang utk aku rasa semua ni.
bg orang lain, mungkin benda ni perkara yang senang mereka dapat.
tapi bagi aku, ia sangat beharga. dan sukar utk perolehi.
dan InsyaALLAH kalau ada peluang pd masa akan datang
aku xkan lepas kan =)

-my sayangsayang-

No comments: